Monday, 21 October 2013

Emak Tua



Ada emak, disakiti hatinya .
Apakah kamu takkan menjadi ibu kelak ?
Apakah kamu buta menilai cinta si ibu tua yang melahirkan seorang lelaki yang kamu cinta ?
Apakah kamu lupa asal lelaki yang kamu cinta itu ?

Butakah ?
Atau bodoh ?

Ada emak, disakiti hatinya ,
Mana pergi jati diri ?
Mana pergi nilai diri ?
Mana pergi hormat kamu kepada si ibu tua ?
Apakah kamu lupa menyakiti itu amat dalam lukanya ?
Entah bila sembuhnya ?
Entah mungkin dia memaafkannya ?

Apakah kamu lupa mana redho Allah untuk kamu didunia ?
Jangan lupa, kamu juga bakal tua.
Kamu juga bakal tua .
Tua , pernah terfikir apa cerita “tua” kamu ?
Entah mana duduknya,
Entah apa pengakhirannya,
Moga Husnul Khotimah buat kita.

*you hurt her like you hurt mine too*
*im not going to hurt you today, but who knows someday*
*so beware*

*hidup ni jangan sentiasa pandang langit , tunduklah kebawah entah tanah retak nak runtuh*

Sunday, 21 April 2013

hati ?

entry sebelum ni beria aku cakap pasal bahagia kan.. 
tapi....
biasa lah.. 
hidup ada pasang surutnya .
sama lah macam hati kita ni . 
perasaan ni . 
adess. 
sakit kepala. 
assignment banyak lagi tak siap. 
teruknya. 
rasa teruk sangat plak kali ni .
okee. 
dapat tulis sikit pon lega dah . 
HAHAH.
oke oke
nak tido
esok bangun awal k awak. 

Assalamualaikummm !!
 :)

Friday, 19 April 2013

Doa untuk bakal jodohku :)

" Ya Allah, jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya, sayangilah dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata.. Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya.. kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku, di dunia dan harapnya bertemu di Syurga.. aamiin.. " ♥

Monday, 15 April 2013

Bahagiaaa !



Kenapa kalau kat rumah, pukul 12 dah berat kelopak mata ni nak bertahan.. kalau kat asrama..hmm..dekat pukul 4 dah ni..relaks je lagi kan.. HIHI.. maybe kat rumah banyak buat keje kot.. kat sini keje ape je aku buat ? basuh kain 2-3 hari sekali..jemur kain, lipat kain, sapu bilik ? HAHA. Tu jee.. ISH3. Sangat bosan hmm ? :) 

Buat assignment lah konon…jap2 tengok facebook..stalker orang..dengar lagu..tengok video clip..jap2 tengok handphone..bila lah nak siap keje ni kan ? aduilaa.. nak collect pasal tarian tradisional..memang banyak tapi macam tak lengkap je..sabar je lah kan .. ehehee..
Semenjak dua menjak ni kan, aku happy sangat dengan roommate yang ada ni..alhamdulillah diorang memang baik.. moga hubungan kitorang akan sentiasa baik sampai bila-bila. inshaAllah..kita sama2 jaga hubungan ni taw korang.. tak nak dengar cerita bukan2 dari orang.. taknak dengar fitnah orang.. aku sayang korang .. moga ukhuwah ni diberkati Allah ..aminn ^_^

Tak taw nak kata apa..rindu nak menulis..dah lama tak menulis..diari yang ada pun dah tak terconteng.. mungkin ini namanya bahagia..tak perlu ingat sesuatu yang menyakitkan hati kita..tak perlu nak luahkan rasa ketidakpuasan hati kita.. yang aku tahu cuma senyum, hargai orang keliling aku . orang yang sayang aku.. yang bagi layanan yang baik padaku . mak, ayah.. adik beradik.. kawan2.. 

HAHAH.. teringat pulak adik laki aku yang tak nak hulur tangan bila aku nak balik Kelantan ni..tahu apa aku buat ? aku kiss pipi dia !! HAHAH. Padan mukaa kan.. ego sangat tak nak salam kakak dia nii.. HIHI. Aku tahu dia sayang aku..aku cakap nak BBQ, dia belikan ayam dua ekor..dia suruh aku cuci, yang perap, yang bakar, biar dia yang buat..kitorang kumpul anak beranak satu family. Enjoy sangat. Aku cakap nak ronda kampung, dia start motor RX dia ajak aku yang dikatanya gemuk ni bonceng sekali ... HAHAHA..bertuahnya aku adik beradik sayang..alhamdulillah !! tu lahh lelaki , sayang dia tunjuk pada perbuatannya yang remeh..kecik2..kita tak nampak kalau tak hayati . kann? :)

Teringat jugak pesan ayah masa family dah nak balik lepas pendaftaran aku kat Kelantan ni bila aku mengadu penat panjat tangga sebab bilik aku kat aras 3… “ jangan nak mengeluh sangat..ni baru sikit punya ujian..ayah dah kira anak tangga tadi..taklah banyak mana pun..jangan mengada-mengada..duk kat tempat orang jangan banyak merungut..ni la jalannya nak kenal kehidupan ”..
Nampak tak nilai caringnya disitu ? oh..I lOVE YOU ayah !! sebak terus..aku tak malu dah nak biarkan air mata jatuh masa tu ..habis bahu mak, bahu ayah basah..HIHI…abang ? aku memang jadi bahan gelak diorang laa..ISK3..biarlahh..tak luak pon.. manis sangat kenangan tu :) 

Yep, inilah bahagia.. tak perlu lelaki yang entah apa-apa menabur janji .. konon cinta sehidup semati.. HAHAH..cinta monyetnyaa. Cukup jaga hubungan kita dengan Allah .. dengan Mak Ayah . Dengan adik beradik jangan kedekut, tunjuklah kasih sayang tu.. tak salah..malah pahala pulak yang dapat sebab eratnya silaturrahim kita . Doa pun janganlah kedekut .. lepas doakan mak ayah tu..doakan adik beradik kita sentiasa bersatu..tak nak ada dendam fitnah hasad cemburu iri hati.. moga kita dipenuhi dengan kasih sayang..sama-sama kita pergi ke syurga Allah ya abang2 kakak adik2 sayang.

Rinduu pula malam2 lepas maghrib ayah pesan itu ini..cerita macam2 walau ayah tak hebat bagi tazkirah macam UAI..tapi ayah mampu satukan kami..duduk bersama..kongsi itu ini..nasihat, mengingatkan itu ini . .. walau dah kurang ahli..maklumlah abang2 semua nikah awal.. mak ayahlah yang menjadikan aku insan pada hari ini ..

*Selamat malam mak , ayah .. moga mimpi indah ..
semoga cepat sembuh dari batuk selsema ye mak .. 
maaf jauh kat sini tak boleh nak urut picit badan mak ..
Ayah, semoga cepat sembuh penglihatannya .. 
maaf jauh kat sini tak boleh dah nak jadi mata ayah .. 
tak dapat nak pegang tangan ayah untuk berjalan lagi ..

Assalamualaikumm...

Saturday, 23 March 2013

Keep calm ;D






Pernah difitnah ? difitnah , hahah. Takpe..dah merasa dah masa tingkatan 6 dulu .. mungkin itulah hikmahnya kenapa aku difitnah haritu , untuk lebih kuat menahan fitnah harini . di tempat orang..jauh dari keluarga , mak ayah. Tapi aku tahu , doa mak ayah , kuat untuk aku , tiap saat .

Kalau kamu , duduk dalam situasi seperti aku , bersabarlah .. ingat, ini ujian untuk kita :)
mohon kuatkan hati . sesungguhnya sabar itu indah . Allah takkan memberati dugaan untuk kita andai kita tak mampu menahannya .

Jom amalkan doa ni..inshaAllah..mungkin sebelum ni kita terlepas pandang bahawa doa tu senjata kita .










inshaAllah , keep the faith in Allah :)



Friday, 8 March 2013

Love to be Kelantanese ..


I could not sleep tonight , don't know  why . Maybe I am missing someone or broken-heart or could be badly homesick , oh mak .. ayah .. I am done with qiam .. but still not in mood to sleep . What to do..ayah ? wanna go home right now ... nak baring kat riba mak .. Hmm.. I am sorry mak kalau tiba-tiba terjaga dari tidur and teringat kat anak mak sorang ni. Saya baik-baik saja . Don't worry ..

Hermm. about the topic , menarik kan ? Love to be Kelantanese.. how  ? HAHA.. the answer is married Kelantanese and stay here .. Oh no ~ mak dah pesan awal-awal.. jangan sangkut dengan orang Kelantan , jangan fikir bukan-bukan k.. mak cakap tak larat nak hantar rombongan jauh-jauh je .. tu je sebabnya . dan bukan sebab cerita-cerita yang memburukkan orang Kelantan . tapi mak... kalau jodoh Su orang sini takpe kan ?? kih3. NONSENSE ~

Mana negeri sama je . kat tempat mana pun , sama jer . ada orang baik dan ada yang kurang baik. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang kata orang Kelantan ni tak baik. Mai duduk sini dulu wahai abang, kakak . baru boleh menilai .. orang Kelantan suka poligami ..?? lagi apa ? owh .. kau sangat JUMUD ~

Nampaknya , memang  tak tidur la malam ni. pagi nanti ada koko ? err..Pain-killer lah jawabnya ... settle ~


Why must I said that I love to be Kelantanese ? sebab.. sini tenang . makanan sedap .. haha , nasi kerabu dah memang feveret sejak tak pernah jejak kaki ke Kelantan lagi . sini best . sejuk . nyaman . malam-malam macam ni tak payah cakaplah , tenang sangat .... entah , mungkin sinonim dengan panggilan "Serambi Mekah"nya . kat sini , solat jemaah kat masjidnya meriah . tak macam masjid kat sebelah rumah aku tu . hemm. nak salahkan siapa ? kat sini..Kelantan , pergi masjid macam satu budaya . Subuh pun meriah dengan jemaah . kagum sangat . seronok . tak tahu nak gambarkan macam mana . ni baru layak dipanggil pejuang Islam .. :) ALLAHUROBBI .. SALUTE ~

Nak kahwin dengan orang sini boleh tak mak ..?? plzzz... >_<
HAHAHAH . bukan ku tak punya jati diri , Perak tetap dihati . tempat jatuh lagi dikenang , apatah lagi tempat membesar .. kan ? just in love with this state for time being . Kelantan . no doubt .





Almost 4AM . this insomnia really will kill me ... stay up until Subuh ya ..hmm. very hard . so regret to fall in love , thank you awak . awak ajar saya satu lagi nilai untuk hidup . go ahead , saya tak kan kacau awak dah since your answer was that word . study molek , all the best for you . moga jadi insan berjaya dunia dan akhirat . jangan tanya saya kenapa , saya kemana :)

# Allah , take me always along with you , in Your truly path .. don't You ever left me behind..Ya Rabb .

Monday, 14 January 2013

Semester Satu ;P



Tamat sudah sesi semester satu . bakal ke semester seterusnya . moga terus kuat . jauh dari zina dan mungkar . moga makin dewasa , matang dalam merentasi kehidupan . macam tak percaya , baru saja ku lepaskan penat diatas tilam tak bercadar itu setelah mengangkut barang-barang . baru saja rasanya menitis air mata ditinggalkan keluarga di perantauan . baru saja rasanya memujuk hati sendirian . baru saja rasanya menetapkan niat . merancang masa depan . semuanya kurasakan baru sahaja .. masa , cukup pantas berlalu . dan aku tahu .. aku makin dewasa . makin tua . seperti umurnya ibu dan ayah yang tak jemu mendoakan aku . menjagaku . menegurku khilafku . menjadi penyokongku . penguat hatiku .. apa jasaku ? aku harap aku mampu , mampu jadi anak solehah yang tak pernah jemu menjaga disamping mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat .


Semester satu , cukup bermakna . punya kawan sebilik yang baik . moga sem depan terus bersama :)

with them is precious :*




# saya di rumah .
# coverage CELCOM tak oke (nasib baik takde pakwe nak gayut2 dah kan ) HAHA.
# oke , i love you ~

Thursday, 10 January 2013

moga AKU yang KUAT ituu .

kuat bilamana di uji .
kuat bilamana di sakiti .

kuat bilamana di fitnah .

*my sis captured it when otw back to
hostel of SMKRMM-upperSix*
moga tak terpengaruh dengan negatif .
moga tak terpengaruh dengan duniawi .
moga tak terpengaruh dengan hasad dengki .
moga tak terpengaruh dengan perasaan iri hati .

jauh dari mungkar .
jauh dari menzalimi .
jauh dari dendam kesumat .
jauh dari sifat pembenci .

moga kau sentiasa penyayang .
moga kau sentiasa pemaaf .
moga kau sentiasa pengasih .
moga kau sentiasa tersenyum .
moga kau sentiasa kuat .

KUAT pabila DIUJI ..

^^,


# macam nak demam je nii .. isk3.
# FINAL exam , one more paper left .
# ECONOMY , plz be nice to me .
# pray for me ;)
Aminn .