Wednesday, 26 November 2014

homesick untuk entah yang berapa kali ,



Sekarang dah sem 5 aku study kat UMK ni, macam-macam cubaan dugaan belajar kat Universiti ni kan, tapi Alhamdulillah, setakat ni takde lagi sampai tahap paling teruk kena khianat dengan kawan macam masa aku Form 6 dulu. Haha. Hai lah hidup, dugaan ni lah yang bentukkan kita jadi manusia harini kan.

Kita takkan kenal seseorang tu selagi kita tak hidup serumah dengan dia, even kalau kau kata aku ni bestfriend kau, takda maknanya kalau kita tak pernah tidor sebantal. Bukan sebab aku tak nak percaya kau tapi takut kalau tiba-tiba sekali je kau tido sebantal dengan aku then malam tu aku tido berdengkur. Kakaka. Adakah kau mampu tahan, macam mana untuk malam-malam yang seterusnya ? sanggup tido dengan aku lagi tak lepas tu ? No, aku tahu jawapannya mesti tak. Sehari boleh lah orang tahan dengan kita, dah kalau hari-hari…side kita yang buruk, yang lemah, yang menyusahkan orang mesti orang takkan suka jugak. Value yang aku nak cerita kat sini, takda siapa yang boleh ganti tempat mak ayah kita.

Sibuk sangat aku ni nak kata orang tu banyak ragam, padehal aku sendiri pon kuat meragam..kakaka. Yer, kawan yang baik tu memang wujud, tapi untuk someone tu terima kita seadanya, terima ketidaksempurnaan kita tu, takde. Kalau ada pun, mungkin sebab dia dah memang dijodohkan untuk kita. Boleh jadi, suami aku nanti ------ 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Krikk krikkk krikk.. aku merapu sebab aku dah stresss. Aku dah homesick..nak tolong mak kat kedai, tak mampu nak dengar mak letih takde Su tolong urutkan. Hmmmm.  Nak balik kampunggg. Dah sebulan lebih tak balik ni. Wawawa. Sedihnyaa. Kat umah je reti tido awal..kat sini, pukul 2 tak tido lagi. Alahai permudahkan ya Allah, tak tertanggung rasanyaaaaa :’(

Harap-harap midterm Ecommerce bertarikh pada 1 Disember, bukan 4, sebab saya nak balik masa tu En.Hasimi..plzzzzzz plz plzzz !!

#padehal aku sakit hati takde orang nak faham aku..hahah
#orang, ade bermacam orang, hemm hem hemm.










Ohh kelas pkul 4 japg ada presentation tapi aku sikit habuk pon tak ready, case study oh case study, aishh. Malasnye wehhh. Kbaiii !

ohbencinyee..update belog senang je..awat nak update website lembab sangat?? ggggg

Saturday, 22 November 2014

puji



Puji ,
Dah lama aku tak rasa bahagia kena puji gini
Sebab apa ?
Sebab ada orang puji hasil kerja aku.
Kakaka
Alhamdulillah ya Allah, seronok rasanya kena puji sebab hasil usaha kita ni.
Tak sangka harini ada orang appreciate kerja aku.
Hehehe.
K bai.
Tu pasal puji, pasal tak dihargai pun ada, malas nak cita.
Baik aku tido.

Zzzzzz

Thursday, 16 October 2014

R i n d u ,


Rindu nak merapu dalam blog ni sebenarnya, dah banyak taip tapi tak ter"post". simpan je la buat pekasam..haha.

ermm..hilang stress/tension aku makan benda alah ni....sedappp ! ^_^

Sabtu ni kawan-kawan nak datang umah, diorang request bihun singapura. hee. selamat lah tak susah mana, harap-harap sedaplah nanti. yang penting aku nak buat puding roti bakar tapi guna pemanggang ajaib mak aku bagi tu je lah. boleh ke ? dah google tengok ada je orang buat guna tu dan memang jadi.. hemmm. harap-harap jadilah..tak sabarnyee nak buat aihh. haha. terliur kalau teringat sos mustard dia tu. yummehh !!! kalau jadi, inshaAllah aku post resepi kat sini walau takde sape nak tengok pun. hahaha.

ohh cuti lama plak deepavali ni sambung dengan awal muharram. mak kata tak payah balik. fokus exam midterm. wawawa. baiklah mak ku sayangg. duit pun sudah kekeringan. aishh. kadang rasa menyusahkan je bila belajar ni...baik keje dah sekarang ni mesti boleh bagi kat mak ayah duit dah.  hmm..kan betul aku merapu je kat sini.

esaimen berlambak tak berbuat lagi. ahad exam midterm services marketing plak, selamat subjek best. kuikuikui. doakan saya ya..kbai

Assalamualaikum :*

Wednesday, 25 June 2014

Allah, terima kasih.

terima  kasih sebab kirimkan lecturer yang sedarkan aku malam ni..
yer, tajdid niat. Lillahita'ala .

Bismillah, start a new one Suraya, gambatehh !!!

It's a learning process. Xpe. Belum terlambat. Awak ade 4sem lg kat umk kan? Sentiasa tajdid niat mcm kat profile pic awak. tuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa mudahkan. Honestly sy bukanlah stud cemerlang masa matrix dulu, even dl saya budak SBP. Alhamdulillah Allah bg hidayah masa sy 1st sem degree kenapa sy perlu ada kat uni. Sy kena belajar bukan utk sy, tapi utk agama Allah, utk majukan ummah. Macam mn sy nak majukan ummah? Sy kena bg ilmu bermanfaat kat korang. Alhamdulillah Allah mudahkan sampai skrg. Letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah ok? Buat ape pun semua kerana Allah :) -MISS AFIFAH HANIM

Saturday, 31 May 2014

Nasi Goreng



Tak dinafikan, aku minat menulis kalau aku rasa sunyi, atau rasa entah apa-apa.. macam sekarang. Menaip dalam rumah yang sepatutnya ada sembilan orang but I am all alone! Haha. Sayu pulak rasanya tak balik masa study week. Mak tak bagi, what can I say? Kalau mak diam tak cakap pasal jangan balik, awal-awal lagi aku dah balik.

Mak, su baru je siap masak nasi goreng. Malas nak keluar punya pasal. Nasi goreng serba tak cukup sebab aku ada beras, telur, bawang merah dan putih je jadi rampainya. Hahah. Cabai pun cabai kering je ada housemate punya. What a pity .. tapi jadi je dan aku tengah makan ni. Maybe sape yang baca boleh try resepi aku. Jangan lupa buh garam ek ! oh, aku tambah kicap sikit. hahaha. 


dinner for tonight, alhamdulillah :')

Banyak gelak, but in fact im so lonely right now.

Allah, kuatkan aku.
Dekatkan aku denganMu kala ini.

Sory mak sebab sengaja tak call, tak nak mak sedih dengar su bagitahu su sorang kat umah ni. Su faham niat mak. I love you~


Dah nak masuk dua minggu rasanya mengidam rendang ayam mak aku buat. Aku boleh buat tapi nak masak pun serba tak cukup, haritu housemate aku cakap beli je pes rendang ayam jenama Maggi tu? Oh kemonlah..dah cukup klasik aku mention rendang ayam mak aku tuu. kenapa dia suggestkan beli pes rendang ayam Maggi ? tolong faham weyy..hahaha. adoiii

Saat ni kalau dapat mak yang gorengkan telur pun takpe, makan dengan nasi, kicap, tambah sos sikit. Allah..maka nikmat TuhanMu yang manakah  kamu dustakan?

Dugaan perantauan, masih di semenanjung, masih di Malaysia. jangan lemah sangat la kan :')

Wednesday, 19 February 2014

S A S S A R



Dua hari lepas, aku lepaskan sorang mamat ni yang kononnya aku cinta.
Ya, aku pernah cinta dia. tapi dulu. bukan sekarang.

Terpaksa aku lepaskan mamat tu yang kononnya aku cinta.
Kitorang kenal dah lama gila, 
waktu tu aku hujung tingkatan dua, 
dia hujung tingkatan tiga.
Baru nak kenal dunia, gedik nak tahu apa makna couple.
Dia duduk asrama, golongan orang berada.
Malam-malam tunggu telefon dia rajin call pakai public phone.
Takpun berjanji bila nak chatting sama.
Habis melawak, lawan main game kat Yahoo Mesenger.
Sampai kakak adik abang aku dah kenal dia.
Kerap saja terlepas sebut namanya yang tak pernah lekang dalam hati.
Sayang, siapa tak sayang cinta pertama?

Tapi sayang, sayang aku je melebih ke dia.
Dia ucap sayang tapi tak setimpal ucapannya.
Dia ucap cinta tak cinta dengan caranya.
Dia lelaki normal, kalau boleh nak awek ramai.
Boleh dia kata aku awek permanent untuk dia jadikan suri hati yang halal dan sengaja cari scandal untuk hilangkan bosan ?
Boleh juga scandal2 dia marah-marah aku tiba-tiba sebab kacau pakwe diorang ?

Cukup aku setia, tapi takda guna.
Biarlah, mungkin aku tak cukup sempurnakan dia.
Hubungan kitorang jadi on/off.
Sampai aku jadi keliru patut on semula ke tak dengan dia.
Sebab hari2 aku berdoa kat Allah, kalau betul jodoh aku dengan dia,
permudahkanlah segala urusan kitorang.
Sebab dah banyak kali berantakan, bukan petunjukkah tu ?

Akhirnya, aku yang jemu. Aku yang jemu walhal aku selalu pesan pada dia,
tolong jangan jemu dengan aku.
Better off, sleep forever. Kalau betul jodoh, tak kemana.

Terima kasih sebab dah ajar saya macam mana nak hargai orang,
apa erti setia, apa erti cinta, dari kuat menangis sampai aku jadi kuat sekarang,
sampai tak reti nak menitiskan air mata kalau depan orang,
dari sorang yang sensitif sampai aku jadi ego nak sedih.
Aku dah jadi kuat dalaman, kau ajar.

Mak ayah kirim salam kat awak,
belajar molek, cepat habiskan degree.
cari kerja bagus, moga dapat isteri yang baik dari saya,
tolong jangan post lirik lagu Let Her Go kat Facebook.
tolong jangan cakap tengah layan lagu tu dah.
hati ni dah muktamad.
masih sayang tapi takde feel dah.
maafkan saya. 

Mungkin ini jalan terbaik untuk kita.
Anggap saja saya ada orang lain. 
Mudah jadinya.

Moga berjaya, Allah ada untuk awak.
Bukan saya.
Senyum selalu.


Tuesday, 11 February 2014

Pabila ayah berbicara ,



Tadi, lepas siap masak nasi goreng cina yang tak berapa nak cina aku panggil mak makan sekali. Ayah ? ayah aku tak makan nasi malam-malam..orang kencing manis. Hihi. Dah kena baru nak pantang tapi Alhamdulillah kurang dah paras gulanya. =)
Nak dijadikan cerita, mak aku baring..taknak makan lagi. Jadi ayah plak yang dok teman aku makan. Ayah makan roti gandum celup teh panas kurang manis. Aku makan nasi goreng..senyapp……….
Dah nak habis tu, aku saja tanya ayah ..
“Ayah…macam mana nak tengok lelaki tu bagus ke tak orangnya ?”
“Haaa…baguslah tanya soalan macam ni…biar ayah bagitahu… satunya, rentak lelaki tu .. cuba kamu tengok cara dia berjalan, angkuh tak cara dia melangkah ?

Duanya, dengar bahasa dia .. berlagak ke tak. Egonya tinggi ke tak, bila bercakap nak meninggi diri, dia saja yang betul, haa sudahlah tu..nak jadi “gu” pon tak boleh gitu..ingatlah ayah pesan ni yer.
Tiganya pulak , tengoklah kawan-kawan dia, dengan siapa dia bergaul..paling bagus kalau dapat tengok kawan baik dia..memang diorang takkan sama tapi sekurangnya kawan baik dia tu mungkin bayangan dia. Boleh jadi perangainya mungkin lebih kurang sama. Kalau tak, takkan boleh jadi kawan baik kan. Senang cerita, baik kawannya, baiklah dia. Bagus lah orangnya…
Empatnya, kalau dulunya dia orang susah…atau pernah rasa macam mana hidup susah, biasanya memang orangnya rendah diri, bagus pekerti…tapi jaga-jaga..ada juga kes yang dah kaya lupa diri…berlagak terus dengan orang. Tapi memang kalau dia dulu dah merasa susah…dia akan ingat susah tu….takde berlagak…hidup pun berwawasan..takde harapkan orang nak berjaya, reti berdikari..boleh berdiri sendiri…kalau jenis yang hidup atas usaha mak ayah dia, payah jugak kalau lelaki macam tu…

----senyappp----

“Lagi ayah ? sikitnya ?? “
“Lagi , solatnya nombor satulah kena tengok. Kalau solat pun dia abai, maksudnya dia abaikan syahadah la..kalau tiang agama dia abai, tak mustahil dia akan abaikan kita..kahwin ni..kita nak cari ketua keluarga..baik ketuanya, baiklah isi serumahnya ..solat pun tak jaga macam mana nak jaga rumahtangga..”
“Hehee..betul tu…dah la Su pun kurengg..iman naik kejap turunnya lama ..hmm..inshaAllah ayah…”
“ Jangan risaulah..jodoh tu..kalau dah memang Allah tulis untuk kita, memang untuk kitalah…kalau bukan jodoh tu, kamu usaha lah macam mana pun nak dekat dia, takkan dapatnya..sayanglah macam mana pun, takkan jadinya..hahaha. Orang putus cinta ni kalau dia frust putus asa sampai tak selera nak makan, tak nak usaha cari jodoh dengan orang lain ni memang bodoh sangat..bukan nak katalah..tapi memang bodoh sangat..kalau Su putus cinta nanti janganlah nangis teruk-teruk…redho je lah kalau orang dah taknak..banyak lagi orang lain kita boleh cari…kalau betul sayang, doalah..kirim doa..Allah akan sampaikan…”
“ Ayah pernah bercinta ek ??? dengan sape yah?? kikikiki…kabo mok ehh ??? “
“ Masa lalu..tak elok pun tahu..Cuma tu lah ayah ingatkan..janganla putus cinta sampai tak makan..tak bercampur dengan orang…nak jadi ape ? redho je lah dah orang taknak ..cari lain. Jodoh dengan orang la tu..tak payah serabut sangat..ni dulu-dulu…letak gambo lagi dalam purse..jodoh dah mati pun dok simpan lagi gambo tu..tunggu ape ? tunggu orang tu hidup semula ke ? hahaha. Cinta ni gila Su…jaga-jagalah….Su baru nak mengenal daratan…jangan lupa…cinta ni sementara je..lain lah kalau cinta yang dah sah ikatannya..”
“hehehe. Memang gila ek……” (Padehal coverline aku pun pernah putus cinta..aku yang putuskan, alasan aku dah serik bercinta dengan dia, maafkan saya kalau awak terbaca ni =) . Aku putus sebab tak larat nak nangis jee…hahaha. Lebih baik begini, aku punya hak nak pilih suami, mungkin awak bukan untuk saya, ayah cakap terima kasih banyaklah kat orang yang kita pernah bercinta tu…macam2 kita belajar dari dia sebenarnya..betul kan wak? Jadi, terima kasih yee )
“Lagi satu ayah nak pesan ni…kalau dah berumahtangga, sikap duit tak cukup cukup tu memang akan ada pada seseorang….dia akan lupa tanggungjawab dia kat mak ayah dia sendiri…jadi…kawallah perasaan yang satu ni…jangan lupakan mak, jangan lupakan ayah…yer..”
“InshaAllah ayah….” Terdiam sejenak .
“Kakak dah jumpa orangnya..Su carilah slow-slow…jangan terburu-buru..kalau betul jodoh kita, percayalah…sekali dengan dia, memang rasa tenang…rasa senang…tengok muka pun sejuk hati…dia macam ada power bagi kita…jaga diri baik-baik…jangan sesekali tertipu…dah belajar tinggi-tinggi ni, bukak mata jangan sampai lupa menilai dengan hati….”
“Baik ayah…inshaAllah, mudah-mudahan…doakan Su cepat jodoh…dapat jodoh yang baik…hehee”
“Jadi baik, baiklah jodoh yang menanti kamu…”

----- deep ------

Thankyou ayah, meluangkan masa bersama-samaku, walau seketika, untuk detik, sisa masa yang tinggal sebelum Jumaat ni untuk pulang ke sana ..
Sayang ayah , mak . moga sihat selalu dibawah rahmat dan kasih sayang Allah .