Wednesday, 26 November 2014

homesick untuk entah yang berapa kali ,



Sekarang dah sem 5 aku study kat UMK ni, macam-macam cubaan dugaan belajar kat Universiti ni kan, tapi Alhamdulillah, setakat ni takde lagi sampai tahap paling teruk kena khianat dengan kawan macam masa aku Form 6 dulu. Haha. Hai lah hidup, dugaan ni lah yang bentukkan kita jadi manusia harini kan.

Kita takkan kenal seseorang tu selagi kita tak hidup serumah dengan dia, even kalau kau kata aku ni bestfriend kau, takda maknanya kalau kita tak pernah tidor sebantal. Bukan sebab aku tak nak percaya kau tapi takut kalau tiba-tiba sekali je kau tido sebantal dengan aku then malam tu aku tido berdengkur. Kakaka. Adakah kau mampu tahan, macam mana untuk malam-malam yang seterusnya ? sanggup tido dengan aku lagi tak lepas tu ? No, aku tahu jawapannya mesti tak. Sehari boleh lah orang tahan dengan kita, dah kalau hari-hari…side kita yang buruk, yang lemah, yang menyusahkan orang mesti orang takkan suka jugak. Value yang aku nak cerita kat sini, takda siapa yang boleh ganti tempat mak ayah kita.

Sibuk sangat aku ni nak kata orang tu banyak ragam, padehal aku sendiri pon kuat meragam..kakaka. Yer, kawan yang baik tu memang wujud, tapi untuk someone tu terima kita seadanya, terima ketidaksempurnaan kita tu, takde. Kalau ada pun, mungkin sebab dia dah memang dijodohkan untuk kita. Boleh jadi, suami aku nanti ------ 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Krikk krikkk krikk.. aku merapu sebab aku dah stresss. Aku dah homesick..nak tolong mak kat kedai, tak mampu nak dengar mak letih takde Su tolong urutkan. Hmmmm.  Nak balik kampunggg. Dah sebulan lebih tak balik ni. Wawawa. Sedihnyaa. Kat umah je reti tido awal..kat sini, pukul 2 tak tido lagi. Alahai permudahkan ya Allah, tak tertanggung rasanyaaaaa :’(

Harap-harap midterm Ecommerce bertarikh pada 1 Disember, bukan 4, sebab saya nak balik masa tu En.Hasimi..plzzzzzz plz plzzz !!

#padehal aku sakit hati takde orang nak faham aku..hahah
#orang, ade bermacam orang, hemm hem hemm.










Ohh kelas pkul 4 japg ada presentation tapi aku sikit habuk pon tak ready, case study oh case study, aishh. Malasnye wehhh. Kbaiii !

ohbencinyee..update belog senang je..awat nak update website lembab sangat?? ggggg

Saturday, 22 November 2014

puji



Puji ,
Dah lama aku tak rasa bahagia kena puji gini
Sebab apa ?
Sebab ada orang puji hasil kerja aku.
Kakaka
Alhamdulillah ya Allah, seronok rasanya kena puji sebab hasil usaha kita ni.
Tak sangka harini ada orang appreciate kerja aku.
Hehehe.
K bai.
Tu pasal puji, pasal tak dihargai pun ada, malas nak cita.
Baik aku tido.

Zzzzzz