Monday, 31 December 2012

tolong MENGERTI ~~

Lelaki , cukup cukuplah berpura menjadi penyayang .

Jangan pernah mencuba menarik perhatian perempuan yang tak pasti untuk kau miliki .

Jangan pernah mencuba menarik perhatian perempuan, mencuba dengan niat untuk dipuja .

Jangan pernah mencuba menarik perhatian perempuan kalau kau tak bermaksud untuknya .

Fahamlah wahai lelaki , aku menaip ini bukan sekadar menarik perhatianmu , 
malahan aku memberi peringatan untukmu .

Perempuan , mudah suka pada yang prihatin kepadanya .

Dan kau ? terus terusan menarik hatinya untuk terus teringatkan kau ?

Apa kau fikir dia seperti kau yang mudah meninggalkan setelah kau menyayangi sesuatu ?

Tolong ingat pesanku ini ;
 
andai tidak pasti hatimu untuk miliki dia , 
cukup, hentikan saja . 
jangan pura pura kau ambil berat tentangnya .
jangan tanya khabarnya . jangan tanya makan minum dia . 
hatinya . perasaannya . 
biarkan dia terus mencari cintanya . 
biarkan dia mencari bahagia sendirinya … 
tapi tolong , jangan lupa ..jangan
lupa khabarkan padanya tentang pesanku ini ,
mengapa kau ingin tinggalkannya .., 
agar dia tak terluka lebih teruk dan lama …


credit to : theChaosOne

Friday, 28 December 2012

Someone's boyfriend . #SADIST#

Hanya kerana keperibadiannya , aku tewas ..
Mula jatuh cinta . 
tertewas dengan wataknya .
Dia yang mampu menjadi segala namun sentiasa menjaga batasan .
Sumpah aku ingin lelaki sepertinya ..
pergilah kau pergi dariku .
biarkan aku dengan egoku .
pergilah kau wahai kasihku , 
mungkin tiada tempatmu untukku .

aku bangkit , tidak tewas pada kasih sebentarmu .
aku punya ibu ayah yang setia padaku .
malahan, aku punya DIA ..
PENCIPTA AGUNG yang sabar mengujiku .
biar hilang kamu yang tak pandai menghargai .

untuk kamu , tolong jangan hadirkan dirimu untukku lagi .
pergilah kau bersamanya .
aku mengerti . kerna mungkin aku yang berdosa .
menghadirkan cinta saat persahabatan terjalin .
maaf mengganggu hatimu .
mengocak perasaan dan jua fikiranmu.
mungkin ini coretan terakhir buatmu . 
aku rindu namun serik menantimu ~

Apakan daya , dia kekasih orang . HAHA. 
bunyi macam novel tapi itu realitinya =.="

* you read this ? erghhh . thankyou for your invisible concern , J !!! *

just leave me ~~
HATEBUTIMISSEDYOU.

Sunday, 7 October 2012

Hidup tak selalunya indah =]





Hidup tak selalunya indah , langit tak selalu cerah ..

betul kan ayat tu ? hihi.. macam sekarang ..tadi panas je.. ni tiba-tiba hujan pulak .
moga ia menjadi hujan yang bermanfaat , aminn =]

Hidup , apa yang relevan nak cakap pasal hidup ? banyak kan..macam macam , orang selalu aim kat ujian hidup..masalah .. kita takkan lari dari masalah . kita akan terus di uji ..

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

suka nak diingatkan pada diri ni dan pada yang membaca entry ni, Allah uji tu tandanya Allah sayangkan kita . tanda kita beriman , kena kuat menghadapinya .. Ingatlah jua bahawa Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan diri kita . InshaAllah , kuatkan hati .. Take it easy flow followed by praying ...

# I am writing this just for strengthen my soul ..
# Layan lagu BrunoMars-TODAY MY LIFE BEGINS.
# Never give up !!!
# keep your smileeee ~~ :D

Saturday, 29 September 2012

Fake Smile :D






Tengahari tadi makan nasi , lepas makan nasi main laptop , pastu solat. Pastu aku bukak buku sat.. belek belek , fahamkan maksud ekonomi dan sub sub topik yang mudah , pastu main laptop balik , makan keropok mamee , chatting sket .. makan apple pulak .. haaa..ni , baru lepas makan biskut oatcrunch .. HAHAH . kenapa dengan diriku ini ?? makan saja..ish3.. something wrong somewhere~~

payah kalau tak dapat kenal pasti kenapa diri kita jadi bermasalah kan ?

susah nak “scanning”…slow slow pi cari apa masalahnya ..
kenapa yer aku macam ni ? kenapa ya ?
hemm ..susah ,
susah kalau dah berkait dengan hati ..

Orang, kita memang boleh tipu tapi kalau hati sendiri ? nak tipu macam mana ? HAHA . berjalanlah kamu mengharung perjalanan kehidupan ni dengan senyuman palsu ..

Yer. Palsu , omputih cakap “FAKE” :D
Pernah tak korang duk dalam situasi ni ? Terpaksa berlakon dengan senyuman palsunya , tapi dalam hati .. MasyaAllah ..tuhan saja yang tahu sakitnya …kann ?

kenapa nak simpan sendiri ? Yelah..kalau dah boleh luahkan , tak jadi masalah la berkenaan tipu diri sendiri ni kan.. kadang dengan kawan kadang dengan family..,sebab nak jaga hati orang.. hati kita yang sakit.. baiknya kita kann? HAHA. Tapi yang paling penting , kita berkorban untuk orang yang kita sayang .. puas kalau dapat legakan hati diorang walaupun pedih .. kan3 ? HIHI .. bahagia . simply word , HAPPY
!

Ada tips tak camna nak legakan senyuman dalam keterpaksaan ni ?


  • !!! Relakan je lah ..
  • !!! Lupakan je lah ..
  • !!! Terus terang je lah ..


ekk ? mampukah ? hihi…renung-renungkan..moga kau terus tabahh yer
  Suraya~

# hayati bait-bait makna lirik BAD DAY – Daniel Powter .. (tawu takpe , kann ) hik3.
# aku nak cakap yang aku rindu kat mak aku . nak balik wehh .. tak nak dok sini …haizz
# frust tadi pi SMO cari novel CINTA HIGHCLASS tak sampai lagi .. xnak beli online..wawawa.

Kbaiii!


Wednesday, 19 September 2012

U ? you ?? zzzZzZ

tak pernah terlintas di fikiran bahawa aku akan menjadi salah seorang mahasiswi di salah sebuah IPTA di bumi Kelantan , bukan tiada angan angan tapi menjauh dari mengimpikan , tatkala keputusan STPM ku di buka , kesal ..nyata kesal .. menyalahkan takdir tidak , entah apa ku ratap .. mudah saja mengalir mutiara jernih dari kolam mataku , walau hanya duduk dipenjuru meja guru ..  tiada malu .. laju .. result cantik tapi ada cacat , "bodohnya aku ..." kerana menangis , seolah menolak qada' dan qadar ..

Terima kenyataan ------
(walau terasa bila adik laki perli aku nangis bila sebut pasal result , HIHI xD)

tanggal 13 JULAI 2012 (Jumaat) , tercatat tarikh keramat pabila diriku dan kakak kesayanganku berjaya ditempatkan di universiti . Sungguh riang dihati tidak putus putus mengucap "syukur Alhamdulillah " sungguh adil berita gembira diterima :)
hilang sudah gundah gulana,
mana pergi haluan diri ,
sungguh indah rezeki diterima ,
semoga ketabahan kekal dimiliki,


belum puas jari menari ,
mahu mencoret luahan rasa ,
cuma tulisan mampu diperhalusi ,
bakat melukis langsung tak ada ..

kini aku , menaip didalam sebuah asrama ..ya.. asrama universiti ..telah berjaya menetap disini .. berbekalkan kekuatan , menahan segala rintangan .. hidup sebagai mahasiswi , bukan enteng seperti dikhabarkan oleh bekas guruku ..  beliau kata mudah di U , entah kiasan atau madah berhelah .. kerna yang pasti ..tiada yang mudah disini ..jaga diri ..jaga makan..jaga adab ..macam macam .. maklumat ? kamu lambat , tercicirlah kamu .. mana nak cari , usaha lah sehabis baik .. belum lagi soal kawan ..mana yang baik ? mana yang tidak ? pilihlah kamu ..jangan sampai terjebak ... belum lagi sebut soal cinta ..tipulah kalau hati ini tidak pernah terdetik untuk memiliki , kekasih kampus? kadang terjentik juga rasa hati ini , ingin merasa .. normal ? cinta..,HAHA , abaikan saja ..

betullah kata orang ..hidup di U , bukan mudah .. tak pandai bawa diri..akan hanyutlah ..kejutan budaya ..sangat terkejut ..yang loving dengan cara lovingnya..yang bebas dengan cara bebasnya ..

# moga ku kuat menempuh alam ini dalam tempoh 4 tahun kehadapan~~





Wednesday, 25 July 2012

Masih menunggu yang tak pasti ..





Dah lama tak update belog nih, kenapa ? ya..sibuk sedikit .
Melayan hati dan dunia ,
Yang tak sudah sudah ,
itu namanya lumrah kehidupan .

Aku mengantuk tapi tak nak tidur lagi .
Penyakitkah ini ?

Pernah aku mencinta namun kecewa ,
Pernah aku setia namun dipersia ,
Pernah aku mengharap namun hampa ,

Wahh.. entry cinta bermula semula ..HAHA
GILA =="

Dia hadir bagai penyelamat keadaan 
dimana dia datang dengan pakej yang lengkap .
Dia lah kawan baik yang boleh gurau macam macam tapi tetap jaga adab .
Dia lah abang yang boleh bagi nasihat dan teguran tapi tetap jaga adab .
Dia lah pakcik , dia lah atuk , dia lah PM , boleh jadi macam macam .
Lawan pantun , nyanyi untuk aku .
Serius boleh dipanggil "prince charming" macam dalam fairytale .

Ini bukan dongengan ,
Realitinya dia sudah hilang .
Pergi tanpa pamit , tanpa sengketa .
Hampir genap dua purnama .
Sekian lama kenal , dia hilang ...
Hilang entah di mana , entah hidup entah koma .
Mana nak cari sepertinya .
Terngiang ngiang di gegendang telinga ....

Berdosakah rasa ini ?
Mengharapkan yang tak pasti ?
Menunggu terus dia yang tak kunjung tiba ?
Berhasilkah harapan ?
Bertunaskah permintaan ?
Berbungakah kerinduan ?
Berbuahkah pertemuan ?

Aku mohon , rungkaikan segera teka teki ini Ya Allah .....
Aminn ..

# SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK !
# keputusan UPU ku adalah berita baik .
# Bakal menempuh berjuta juta cabaran !

Friday, 13 July 2012

Debaran ! T.T

orang lain steady je tapi aku ketaq semacam
macam-macam rasa berkecamuk
satu hal UPU..dapat ke .
satu lagi hal hati ..

UPU jadi dilema kerna ku takut tuk terima berita
baik punya takpe tapi kalau sebaliknya ?
bukan aku pengecut tapi takut
takutkan penerimaanku tidak berjaya
buruk berita buruk jugalah cuaca hati ku nanti
pasti mendung jugalah hatinya bonda dan ayahanda .

mana nak ku khabarkan rasa andai bukan disini
aku bukan peluah rasa yang mudah menabur kata
bukan jua sorang yang hebat nukilankan idea
moga walau hanya berapa patah huruf ni saja
ku kan mampu tidur lena
melupakan ketakutan yang entah apa-apa
rasa yang sentiasa ragu hilang keyakinan

redholah wahai hati
walau apa yang tercatat berita untuk kau dengar esok hari
kau terimalah dengan seadanya
terimalah wahai hati walau berita tak seindah impi
tak perlu kau tangiskan , sialkan takdir terukir
kerna percayalah aturan DIA lagi hebat dari perancangan manusia

ingatlah wahai hati
jangan kau persetankan takdir terukir esok
jangan kau tangiskan andai tak seperti diharapkan
teruskan hidup walaupun kecundang sementara

debaran punya cerita
plot isi entah kemana
rosak kira-kira merepek sahaja
cakap kosong pengertian takda
langsung tak berguna

harapan ku satu
moga berita baik mengiringiku
teringin nak bonda dan ayahanda titiskan mata kegembiraan
bukan sebab aku tapi sebab kejayaan aku ..

# rasa ini sungguh entah apa-apa .
# aku tak suka !
# ALLAH !

Thursday, 5 July 2012

Memendam Rasa yang Tumbuh ,,,



Nampaknya rasa ini semakin berputik..,

Salahkah rasa ini Ya Allah ?
Ampunkan aku andai rasa ini berdosa Ya Allah ,
Kau perliharakanlah hati kami dari godaan syaitan ,
Peliharakanlah kami  Ya Allah agar tidak terpesong dari landasan rahmatmu ,
Peliharakanlah kami dari mengikuti rasa cinta ini Ya Allah ,

Ya Allah jangan kau lebihkan kecintaan di antara kami berdua
melebihi kecintaan kami kepadaMu,
Andai kau berkati perasaan kami ini ,
titipkanlah kami jalan-jalan yang mudah ke arah baitul muslimMu,
Satukan kami dengan rahmat kasih sayangmu,
restu dan juga doa dari ibu bapa kami .

Ampunkan kami Ya Allah ,
Bimbinglah kami , peringatkanlah kami selalu ,
Sesungguhnya cinta itu tiada yang terbaik melainkan cintaMu ,
Allahurobbi !

aminnn ya Rabb..