Wednesday, 19 September 2012

U ? you ?? zzzZzZ

tak pernah terlintas di fikiran bahawa aku akan menjadi salah seorang mahasiswi di salah sebuah IPTA di bumi Kelantan , bukan tiada angan angan tapi menjauh dari mengimpikan , tatkala keputusan STPM ku di buka , kesal ..nyata kesal .. menyalahkan takdir tidak , entah apa ku ratap .. mudah saja mengalir mutiara jernih dari kolam mataku , walau hanya duduk dipenjuru meja guru ..  tiada malu .. laju .. result cantik tapi ada cacat , "bodohnya aku ..." kerana menangis , seolah menolak qada' dan qadar ..

Terima kenyataan ------
(walau terasa bila adik laki perli aku nangis bila sebut pasal result , HIHI xD)

tanggal 13 JULAI 2012 (Jumaat) , tercatat tarikh keramat pabila diriku dan kakak kesayanganku berjaya ditempatkan di universiti . Sungguh riang dihati tidak putus putus mengucap "syukur Alhamdulillah " sungguh adil berita gembira diterima :)
hilang sudah gundah gulana,
mana pergi haluan diri ,
sungguh indah rezeki diterima ,
semoga ketabahan kekal dimiliki,


belum puas jari menari ,
mahu mencoret luahan rasa ,
cuma tulisan mampu diperhalusi ,
bakat melukis langsung tak ada ..

kini aku , menaip didalam sebuah asrama ..ya.. asrama universiti ..telah berjaya menetap disini .. berbekalkan kekuatan , menahan segala rintangan .. hidup sebagai mahasiswi , bukan enteng seperti dikhabarkan oleh bekas guruku ..  beliau kata mudah di U , entah kiasan atau madah berhelah .. kerna yang pasti ..tiada yang mudah disini ..jaga diri ..jaga makan..jaga adab ..macam macam .. maklumat ? kamu lambat , tercicirlah kamu .. mana nak cari , usaha lah sehabis baik .. belum lagi soal kawan ..mana yang baik ? mana yang tidak ? pilihlah kamu ..jangan sampai terjebak ... belum lagi sebut soal cinta ..tipulah kalau hati ini tidak pernah terdetik untuk memiliki , kekasih kampus? kadang terjentik juga rasa hati ini , ingin merasa .. normal ? cinta..,HAHA , abaikan saja ..

betullah kata orang ..hidup di U , bukan mudah .. tak pandai bawa diri..akan hanyutlah ..kejutan budaya ..sangat terkejut ..yang loving dengan cara lovingnya..yang bebas dengan cara bebasnya ..

# moga ku kuat menempuh alam ini dalam tempoh 4 tahun kehadapan~~





No comments:

Post a Comment